Putatan : Seramai 1,300 orang menghadiri Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas bagi menghargai perjuangan pasukan Gerila Kinabalu.
Acara yang berlangsung di Tugu Peringatan Petagas itu dimulakan dengan tiupan ‘Last Post’ disusuli upacara bertafakur sebelum Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffery G. Kitingan mendahului Istiadat Meletak Karangan Bunga diikuti oleh beberapa tetamu kehormat.
Turut meletak karangan bunga ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang, wakil Datuk Bandar Kota Kinabalu, Robert Lipon, dan wakil Setiausaha Persekutuan Sabah, Patrick Laing Ngau.
Program tahunan tersebut diadakan untuk mengenang jasa 324 ahli pasukan penentang tentera Jepun terdiri daripada para pemuda pelbagai kaum di Sabah (North Borneo) pimpinan Albert Kwok.