HomeIsu tempatanFokus, tenang hadapi SPM dan STPM - Ruslan

Fokus, tenang hadapi SPM dan STPM – Ruslan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Beaufort : Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diingatkan untuk terus fokus dan tenang bagi memperoleh kejayaan yang membanggakan dalam peperiksaan yang diduduki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam berkata, ibu bapa juga diingatkan untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak khususnya dalam penggunaan gajet dalam seharian.

“Seperti yang kita sedia maklum, zaman kian berubah dan anak-anak juga terdedah dengan penggunaan gajet yang sudah pasti ada yang akan menggunakan sehingga lewat malam.

“Justeru saya berharap agar ibu bapa dapat memantau anak-anak agar mereka ini dapat rehat yang cukup sebelum menduduki peperiksaan pada keesokan harinya.  Ini penting agar anak-anak akan lebih fokus ketika menjawab soalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap masa Program Jalinan Kasih Semarah Minda 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston di sini hari ini.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata, calon peperiksaan SPM dan STPM juga diharap dapat memberi fokus dan tumpuan kepada peperiksaan bertulis selepas ujian bertutur selesai minggu lalu.

“Sesungguhnya setiap usaha pasti akan membuahkan hasil yang manis. Kemanisan kejayaan lebih bermakna pula apabila dikongsi bersama insan-insan yang mendukung dan mengambil berat kepada anda selama ini.

“Bagi ibu bapa pula, peranan sebagai orang tua kepada anak-anak ini adalah untuk memberi doa, sokongan moral, kata-kata perangsang dan persediaan-persediaan berkaitan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

“Bukan sahaja semasa peperiksaan, sewaktu hari-hari persekolahan biasa juga ibubapa seharusnya berperanan mendidik anak-anak dari rumah lagi agar apabila mereka melangkah ke sekolah, mereka telah bersedia menerima ilmu dan pengajajaran daripada guru mereka.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua ibu bapa dan guru agar tidak jemu dalam mendidik permata negara kita ini,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Wanita perlu tahu prosedur pengurusan harta pusaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular