HomeSukanLebih 200 pelari dijangka sertai larian 'Spirit of 85'

Lebih 200 pelari dijangka sertai larian ‘Spirit of 85’

Read Time:52 Second

Penampang : Lebih 200 pelari dijangka akan menyertai Larian Spirit of 85 yang akan berlangsung di perkarangan Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Ahad ini.

Larian sejauh 10 kilometer itu dijangka akan dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Penganjur yang juga Presiden Kelab Peminat Sukan Ekstrem Sabah Labuan, Steve Johnny Mositun berkata, larian itu mensasarkan pelari dewasa muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Kita mensasarkan golongan dewasa muda berumur 40 tahun ke bawah yang kebanyakannya sudah menceburi sektor pekerjaan.

“Larian ini bertujuan menggalakkan aktiviti riadah dalam kalangan peringkat umur ini agar mereka tidak hanya tertumpu kepada pekerjaan semata-mata.

“Selain itu, ia juga boleh menjadi platform yang baik untuk menyatukan masyarakat setempat,” katanya.

Selain Joachim, Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pengerusi Perkasa Reality Christopher Mandut, dan Adun Telupid Datuk Johnnybone Kurum juga dijangka menghadiri larian itu.

Pelari boleh mengambil kit perlumbaan mereka di ITCC, di sini, dari 10 pagi-8 malam, pada Sabtu ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jannette Hiu di talian 0128356083 atau Helena (0178017075). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Veteran kekal aktif hayun raket di usia emas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular