HomeUtamaKerajaan negeri sediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat Sabah

Kerajaan negeri sediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kabinet Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Pada mulanya, ia akan dilaksanakan di 10 daerah,” kata Hajiji semasa mesyuarat pasca kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

Jelas beliau, ini akan melalui perkhidmatan mudah alih menggunakan van khas yang dilengkapi dengan peralatan perubatan canggih untuk sampai ke kawasan luar bandar.

Menurutnya, Kabinet juga telah meluluskan penubuhan Majlis Logistik Sabah.

“Majlis Logistik Sabah di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya akan meneliti penggubalan dasar, pengurusan dan pemantauan isu logistik di Sabah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini juga bersetuju membenarkan penggunaan bahan binaan konvensional dan bukannya Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk pembinaan Rumah Mesra SMJ.

Beliau berkata antara punca kelewatan menyiapkan Rumah Mesra SMJ ialah
kontraktor tidak dapat melaksanakan projek menggunakan bahan IBS kerana kosnya.

“Dengan melonggarkan syarat, kita berharap pembinaan Rumah Mesra SMJ akan menjadi
lebih pantas,” katanya sambil menambah reka bentuk Rumah Mesra SMJ akan dikekalkan.

Dalam pada itu, Hajiji turut memaklumkan Kabinet telah memberi lampu hijau untuk menaikkan Paitan dan Sook menjadi daerah penuh.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular