HomePolitikSayap parti GRS diminta peka masalah rakyat

Sayap parti GRS diminta peka masalah rakyat

Read Time:1 Minute, 32 Second

SANDAKAN: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda menyeru seluruh jentera parti itu agar lebih aktif melaksanakan program ziarah dalam usaha mengenal pasti keperluan dan masalah rakyat.

Menurut beliau, program seperti itu tidak boleh dilakukan hanya untuk memenangi hati ketika pilihan raya sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan.

“Program ziarah yang kita laksanakan ini adalah merupakan gerak kerja berterusan di seluruh Sabah. Kita bukan sahaja mengunjungi orang yang sakit dan warga emas tetapi menemui ahli keluarga yang juga adalah pengundi.

“Semua ini adalah terjemahan mengenai tanggungjawab kita menjaga rakyat sama seperti kita menjaga ahli keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika semasa ditemui pada program Ziarah Sayang Wanita GRS di sini semalam.

Hadir sama Ketua GRS Bahagian Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Anna Bel Perian, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Telupid Aneh Jambri, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sekong, Hasmah Nurdin, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Elopura, Normaswati Sarjam serta ahli jawatankuasa Wanita Gagasan  Rakyat Sungai Sibuga.

Dalam Ziarah Sayang itu kira-kira 12 keluarga telah dilawati antaranya di Taman Indah Jaya, Batu 8, Kg Batu Putih, Kg Sg Kayu, Kg Sg Obar, Kg Tinusa 2, Taman Murni dan Taman Airport.

Redonah berkata, jentera parti mesti peka dengan masalah dan keperluan rakyat di kawasan mereka bagi membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan yang sesuai.

“Kita mesti sentiasa dekat dengan pengundi dan rakyat, pastikan kita menziarahi mereka ini bukan hanya sekali tetapi secara berterusan sampai bila-bila.

“Kita harus tanamkan sikap sayang dalam menjaga rakyat, peka dengan keperluan semasa mereka dan kenal pasti keperluan penduduk setempat,” ujar beliau.

Sementara itu, Amirshah melahirkan terima kasih di atas keprihatinan jentera parti GRS yang menziarahi rakyat di kawasan berkenaan.

“Aktiviti seperti itu memperkukuhkan silaturahim antara jentera parti serta rakyat setempat. Kita berterima kasih di atas keprihatinan GRS dan diharapkan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular