HomeUtamaKTYS hargai sumbangan TPNS

KTYS hargai sumbangan TPNS

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menzahirkan penghargaan atas komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah kepada kemajuan KTYS sebagai kolej milik penuh Yayasan Sabah yang berperanan melahirkan modal insan di Sabah dalam bidang akademik dan kemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Hj Samin Hj Ongki berkata, sumbangan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) yang disampaikan sendiri oleh menterinya Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif kepada KTYS hari ini akan dapat menyuntik semangat pelajar-pelajar KTYS dari golongan yang memerlukan untuk menimba ilmu di kolej itu dan seterusnya melancarkan perjalanan pembelajaran mereka.

“Saya bertekad untuk memanfaatkan sumbangan ini demi kecemerlangan pendidikan lebih 800 pelajar KTYS.

“KTYS menawarkan lebih 15 kursus di peringkat Sijil dan Diploma yang mendapat tajaan biasiswa, Dermasiswa dan pinjaman Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ( BKNS ), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hj Samin, sepanjang tahun 2023, KTYS turut menerima 85 unit sumbangan komputer daripada pelbagai agensi termasuk Kerajaan Negeri, KSTI, Sawit Kinabalu dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

“KTYS juga akan memperkasa program Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar Sabah terus maju di bidang itu.

“KTYS juga akan meneruskan program Kerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Al Bukhary International University selain memulakan program kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS), DRB – HICOM University Of Automotif, Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” jelas beliau.

Sehubungan dengan itu, Hj Samin menyeru kepada pelajar-pelajar Sabah supaya merebut peluang untuk belajar di KTYS yang memberi laluan belajar tanpa memohon melalui UPU.

“Bagi program Khas Persediaan ke Timur Tengah yang dimulakan tahun lalu akan ditambah kouta daripada 30 orang kepada 50 orang tahun 2024 hasil sambutan dan keberkesanan program perintis tahun lalu.

“Untuk memastikan kebajikan pelajar-pelajar golongan Asnaf dan B40, KTYS akan memanfaatkan dana zakat yang diterima selain meneruskan program Menu Rahmah untuk golongan tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular