HomeUtamaBapa James Ratib meninggal dunia

Bapa James Ratib meninggal dunia

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Bapa kepada Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib meninggal dunia awal pagi tadi di Kota Kinabalu.

Berita itu disahkan sendiri oleh beliau yang juga anak sulung kepada Allahyarham Latib@Ratib bin Jikrun,73, menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau.

Bapanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damai, dekat sini kira-kira jam 4.40 pagi tadi dipercayai akibat kanser hati.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut berkata, Jenazah bapanya telah dibawa ke kampung halaman di Botition, Paitan untuk urusan pengkebumian pada hari ini.

Dalam pada itu, James menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar buat dirinya dan keluarga.

“Allahyarham bapa saya merupakan idola dan inspirasi anak-anak dalam menjalani kehidupan, juga merupakan insan yang cekal dalam membesarkan anak-anak,” katanya.

Beliau turut  mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kenalan serta orang ramai yang telah menyampaikan ucapan takziah atas pemergian ayahnya.

“Saya sekeluarga tidak mungkin dapat membalas semua pesanan yang diterima, apapun saya begitu terharu dan berterima kasih di atas ucapan serta doa kalian,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular