HomeIsu tempatanPerayaan Tahun Baru Cina yang dikongsi bukti toleransi agama, kaum

Perayaan Tahun Baru Cina yang dikongsi bukti toleransi agama, kaum

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kuala Penyu: Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang dikongsi dengan pelbagai kaum adalah bukti negara ini sentiasa mengamalkan toleransi agama dan budaya.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Jury berkata, tradisi unik itu merupakan asas yang kukuh dalam membina perpaduan sesuai dengan konsep kerajaan perpaduan dan Keluarga Madani.

“Tradisi ini sudah lama kita warisi daripada nenek moyang kita dahulu, jadi marilah kita terus menyemai toleransi demi kemajuan bersama dan generasi akan datang.

“Dengan amalan rumah terbuka yang sudahpun menjadi tradisi dalam mana-mana perayaan di negara kita ini, Tahun Baharu Cina yang akan tiba beberapa hari lagi akan memberikan ruang kepada sahabat handai dan kaum keluarga berinteraksi antara satu sama lain dengan semangat perpaduan dan persahabatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Perayaan Tahun Baharu Cina Daerah Kuala Penyu, di Monsoi Point di sini.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu berkata, sikap peramah dan kemesraan rakyat Malaysia ketika menyambut tetamu, rakan-rakan dan sanak saudara dalam rumah terbuka yang diadakan juga jelas kelihatan.

“Sesungguhnya, tradisi unik yang kita kongsi bersama ini merupakan asas yang kukuh dalam membina perpaduan selama ini,” katanya

Katanya, sambutan Tahun Baharu Cina juga berupaya menjadi platform untuk memelihara kesatuan rakyat sesuai dengan konsep Keluarga Madani menerusi sikap saling menghormati.

“Secara peribadi, saya berharap  melalui perayaan seperti ini, kita dapat melupakan apa juga perbezaan yang wujud antara kita dari segi fahaman agama dan adat resam yang merupakan satu kelebihan yang sungguh istimewa di negara ini.

“Sesungguhnya, kepercayaan, semangat saling menghormati dan kejujuran merupakan ciri-ciri positif yang membolehkan kita memperkukuhkan semangat kekitaan seterusnya menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular