HomeUtamaTetapkan KPI, pelan perniagaan lima tahun tingkatkan prestasi kewangan

Tetapkan KPI, pelan perniagaan lima tahun tingkatkan prestasi kewangan

Read Time:2 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap anak syarikat bagi memastikan prestasi operasi dan kewangan mereka dapat diukur, di samping mengemukakan pelan perniagaan lima tahun, antara langkah diambil Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) bagi memantau prestasi anak-anak syarikat dengan rapi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Jawatankuasa Pengurusan Khas juga telah ditubuhkan bagi mengenal pasti beberapa pelaburan baharu yang akan dilaksanakan dengan tujuan mempelbagaikan perniagaan ICSB.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Keuntungan Sebelum Cukai (Sebelum audit) Kumpulan ICSB pada 2023 adalah sebanyak RM470 juta. Prestasi baik ini sudah semestinya atas daya kepimpinan di semua peringkat pengurusan dan khidmat bakti seluruh warga Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kesan pengisytiharan dividen yang konsisten serta urus tadbir pengurusan kewangan dan perakaunan yang baik ini telah memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini menerusi agihan seperti biasiswa dan bantuan sosial.

“Oleh itu, bagi memastikan ICSB akan sentiasa dapat memberi dana kepada Yayasan Sabah, maka pengurusan perlu sentiasa memantau prestasi anak-anak syarikat mereka,” katanya ketika merasmikan Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Rabu malam.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah itu Kumpulan ICSB telah mempamerkan daya tahan dan kebolehsuaian dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pada tahun 2023, dengan hampir semua sektor yang diceburi anak-anak syarikat mencatatkan pulangan memberangsangkan pada tahun lalu.

“Sektor agro perladangan terutamanya Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Benta Wawasan Sdn. Bhd dan Silam Forest Products Sdn. Bhd. Mencatatkan keuntungan gabungan sebanyak RM215 juta bagi tahun 2023, sekali gus menjadi
penyumbang utama keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023 iaitu sebanyak 46 peratus.

“Dalam pelancongan, Tanjong Aru Hotel Sdn. Bhd. (STAR), Innoprise Jungle Lodge Sdn. Bhd. dan Borneo Nature Tours Sdn. Bhd. menyumbang 12 peratus daripada jumlah keuntungan Kumpulan ICSB dengan keuntungan gabungan sebanyak RM56 juta bagi tahun 2023.

“Sektor minyak, gas dan tenaga melalui NRG Consortium (Sabah) Sdn. Bhd. Mengakhiri tahun 2023 dengan keuntungan sebanyak RM24.05 juta, menyumbang 5 peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023,” katanya.

Katanya, sektor perhutanan khususnya Rakyat Berjaya Sdn. Bhd, Norsechem (Sabah) Sdn. Bhd. dan Innovision (PNG) Limited juga mengakhiri tahun 2023 dengan keuntungan gabungan sebanyak RM13 juta, menyumbang 3 peratus daripada keuntungan Kumpulan ICSB bagi tahun 2023.

“Pembayaran dividen keseluruhan anak-anak syarikat kepada ICSB bagi tahun 2023 dijangkakan sebanyak RM195 juta, iaitu 8.6 peratus lebih rendah berbanding tahun 2022. Penurunan ini disebabkan Harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang lebih rendah dalam pasaran berbanding tahun 2022. Namun, tahun lalu menyaksikan peningkatan kadar dividen dalam sektor pelancongan,” katamya.

Beliau berkata penambahan peruntukan perbelanjaan untuk program sosial kepada RM49.89 juta pada 2023 atau peningkatan sebanyak 22.5 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM 40.74 juta, bukti komitmen Kumpulan Yayasan Sabah dalam
membawa pembangunan rakyat di negeri ini.

“Dalam pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah berjaya menyediakan pelbagai tajaan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pada tahun 2023 kepada seramai 4,859 pelajar baharu dan yang sedang belajar dengan peruntukan berjumlah RM40.93 juta.

“Setakat tahun 2023, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan dalam
tahun 2022 telah memberi manfaat kepada 2,897 orang pelajar dengan jumlah dana
disalurkan sebanyak RM3.86 juta,” katanya sambil menambah usaha agresif kutipan
bayaran balik pinjaman menghasilkan kutipan yang tertinggi setakat ini berjumlah RM6.56 juta.

Hajiji berkata sebanyak 22 inisiatif Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) telah dilaksanakan pada tahun 2023, dengan pencapaian prestasi keseluruhan 97 peratus.

“Kumpulan Yayasan Sabah juga akan terus menjadi peneraju dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, yang akan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri ini dan generasi akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular