HomeUtamaTHP Sabaco bayar zakat RM1.34 juta kepada MUIS

THP Sabaco bayar zakat RM1.34 juta kepada MUIS

Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: THP Sabaco Sdn Bhd membayar zakat perniagaan RM1,342,126 untuk 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Penyerahan bayaran zakat daripada Pengerusi THP Sabaco Datuk Dr Ahmad Kushairi Din kepada Presiden MUIS Datuk Seri Yahya Hussin disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Ser Hajiji Noor di Menara Kinabalu baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengenai aktiviti dan hala tuju TH Plantations dan THP Sabaco Sdn Bhd.

THP Sabaco Sdn Bhd merupakan syarikat usaha sama antara TH Plantations, ladang itu cabang Lembaga Tabung Haji dan Musman Holdings, yang terlibat dalam perladangan minyak sawit.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular