HomeSukan'International Sabah Open Dart Tournament' manifestasi iktiraf pasukan bertanding

‘International Sabah Open Dart Tournament’ manifestasi iktiraf pasukan bertanding

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran ‘International Sabah Open Dart Tournament’ merupakan salah satu usaha dan manifestasi bagi memberi pengiktirafan kepada pasukan sukan Dart tempatan yang menyertai pertandingan itu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengiktirafan kepada kejohanan itu diharap akan menjadi obor pembakar semangat kepada para penggiat sukan Dart untuk terus aktif selain memberi sumbangan terhadap kemajuan sukan di negeri ini.

Beliau turut berbangga apabila pertandingan yang diadakan setiap tahun itu telah berjaya menarik penyertaan yang semakin meningkat.

“Saya juga dimaklumkan bahawa, kita bukan saja menerima penyertaan dari dalam negeri saja malah turut mendapat penyertaan dari seluruh Malaysia , dan penyertaan dari luar negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Filipina.

“Saya juga difahamkan kejohanan ini juga menggunakan kepakaran teknikal di kalangan mereka yang bertauliah dengan menjadikan kejohanan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat sukan dart sama ada di peringkat negeri atau antarabangsa. Syabas diucapkan kepada jawatankuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ‘International Sabah Open Dart Tournament’ di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Junainah Abbie.

Sabin berkata, pihaknya percaya para peserta yang bertanding akan cuba mendalami disiplin sukan yang disertai dengan sabar dan kesungguhan yang jitu untuk mencapai iltizam dan sasaran.

Katanya, kerancakkan saingan perebutan pingat bukan sekadar pentas kompetitif untuk beradu manusia.

“Oleh itu, kepada para peserta yang bertanding suka saya menjemput tuan puan untuk mengambil peluang berada di Bandaraya Kota Kinabalu mengunjungi tempat- tempat menarik yang tersedia di sini.

“Paling terdekat adalah Api-Api Night Food Market yang beroperasi setiap malam hari Jumaat dan Sabtu di Jalan Gaya .

“Pelbagai jualan dan barangan tradisi boleh dilihat di sini termasuklah tanaman-tanaman kampung dari luar bandar boleh diperoleh di sini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular