HomeUtamaJKN Sabah akan kemuka permohonan peruntukan darurat ganti klinik kesihatan Tangkarason

JKN Sabah akan kemuka permohonan peruntukan darurat ganti klinik kesihatan Tangkarason

Read Time:58 Second

BERNAMA

Sandakan: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah akan mengemukakan permohonan peruntukan bagi penggantian bangunan Klinik Kesihatan Tangkarason di Beluran, yang musnah dalam kebakaran Khamis lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, permohonan peruntukan di bawah perolehan darurat itu juga bagi menggantikan peralatan yang musnah dalam kejadian terbabit agar perkhidmatan kesihatan kepada penduduk tidak terjejas.

“Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Asits Sanna bersama pegawai kanan JKN Sabah telah mengadakan lawatan pemantauan pada hari kejadian dan beberapa tindakan susulan telah diambil secara tuntas.

“Antara tindakan dilaksanakan ialah perkhidmatan operasi klinik dipindahkan buat sementara waktu ke Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason bermula pada 19 Feb (Isnin) ini,” menurut kenyataan itu.

KKM memaklumkan bekalan ubat-ubatan, peralatan pakai buang serta peralatan perubatan telah diperoleh dan dibekalkan kepada penduduk manakala petugas terlibat dalam insiden itu telah diberikan sokongan pertolongan cemas psikologi serta ditempatkan di inap desa berdekatan.

Bernama pada Khamis lepas melaporkan dalam kejadian kira-kira 1 pagi tadi itu, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beluran bergegas ke tempat kejadian, sejauh  215km dari balai dan mendapati klinik serta kuarters musnah 100 peratus setiba di tempat kejadian.

Kejadian tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.- BERNAMA / FOTO JKNS

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular