HomeUtamaPasukan Kolej Komuniti Beaufort terima Anugerah Best Carving Artist di Pakistan

Pasukan Kolej Komuniti Beaufort terima Anugerah Best Carving Artist di Pakistan

Read Time:2 Minute, 54 Second

BEAUFORT: Pasukan Kolej Komuniti Beaufort, Sabah (KKBS) mengharumkan nama negara apabila dinobatkan pingat emas dan perak bagi kategori Anugerah Best Carving Artist di Pakistan International Culinary Championship 2024, Musim Ke-6 di Royal Palm Golf & Country Club, Lahore, Pakistan baru-baru ini.

Acara pertandingan berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Februari 2024 dianjurkan oleh Chefs’ Assiociation of Pakistan dan College of Tourism & Hotel Management (COTHM), Pakistan.

Mohd Yusoff (tiga kanan) menerima anugerah Best Carving Artist. – Foto sumber: Facebook: Pakistan International Culinary Championsip

Peserta dari pasukan KKBS diwakili Mohd Yusoff Yaakob berjaya meraih pingat emas bagi kategori Anugerah Best Carving Artist mengalahkan 700 peserta lain dari pelbagai negara yang menyertainya.

Dalam kategori sama Wisley Miriton, pelajar Sijil Kulinari KKBS menerima pingat perak, manakala Chef Madhusna dari Sri Lanka mewakili Pearl Continental Hotel Lahore menerima pingat gangsa.

Pemenang pingat gangsa Wisley Miriton. -Foto ihsan KKBS.

Keseluruhannya Malaysia berjaya merangkul lapan pingat iaitu tiga emas, dua perak dan tiga gangsa dari pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Mohd Yusoff dan Wisley masing-masing membawa pulang Rs50,000 dan Rs15,000 berserta pingat dan sijil.

Mohd Yusoff dengan hasil ukirannya. – Foto ihsan KKBS

Mohd Yusoff, 44, berasal dari Banting, Selangor telah berkhidmat di KKBS sejak 2019 sebagai pensyarah dalam bidang kulinari berasa bangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh anak didiknya Wisley, 19, berjaya menyahut cabaran mewakili kolej sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Saya bangga meletakkan nama Kolej Komuniti Beaufort , kolej kecil pendalaman bawah Sabah di pentas dunia bersama pelajar Sabah sendiri.

“Harapan saya agar kolej ini secara konsisten dapat melahirkan pelajar-pelajar Sabah yang berkualiti bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurut Mohd Yusoff , antara kejayaan-kejayan yang telah diperolehi bersama pelajar-pelajar Sijil Kulinari, Kolej Komuniti Beaufort termasuklah Satu Anugerah dan lima Emas di Istanbul Gastronomy Festival (2019), satu Gangsa di Asia Hospitality & Culinary Challenge Expo, Male, Maldive (2019), satu perak dan dua gangsa di Thailand International Culinary Challenge, Thailand (2023) dan satu emas, satu perak dan enam gangsa di Taipei International Culinary Challenge, Taiwan (2023).

Sementara itu, Wisley yang berasal Kampung Pinalabu, Kota Belud turut meluahkan rasa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.

“Walaupun ia merupakan penyertaan sulung saya dalam pertandingan ukiran buah, baik dalam mahupun luar negara, banyak perkara yang saya pelajari bukan sahaja idea dan teknik ukiran dari peserta-peserta lain tetapi kemahiran berkomunikasi, budaya, makanan dan sejarah Lahore sepanjang mengikuti Pakistan International Culinary Championship 2024,” kongsinya.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff turut berkongsi pengalamannya memenangi pingat emas dalam kategori tersebut iaitu secara kreatifnya menggunakan bahan-bahan seperti buah labu, lobak merah dan tembikai, yang membawa tema “Underwater Semporna” manakala Wisley menggunakan buah tembikai, lobak merah, lobak putih dan labu, antaranya yang bertemakan “Dekorasi Siam”.

Hasil ukiran Mohd Yusoff bertemakan “Underwater Semporna”. – Foto ihsan KKBS
Hasil ukiran Wisley Miriton bertemakan “Dekorasi Siam”. – Foto ihsan KKBS

Antara cabaran menyertai pertandingan itu, Mohd Yusoff berkata, selain cuaca sejuk di negara itu mencecah bawah 20°C, mereka juga menghadapi kesukaran untuk mencari bahan untuk persediaan ke acara pertandingan itu kerana ada buah yang bermusim.

“Pada ketika ini musim sejuk di sini mencecah bawah 20°C, antara lain cabarannya ialah kami sukar untuk mencari bahan untuk diukir seperti buah tembikai, tembikai susu, betik dan labu kerana ia produk bermusim. Kami terpaksa mencari merata tempat, adapun tetapi kualitinya tidak sama dan mudah rosak,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mohd Yusoff dan Wisley berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh dan memaklumkan akan kembali ke tanah air pada Isnin ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular