HomeIsu tempatanYayasan Petronas beri kegembiraan kepada penerima sempena Tahun Baharu Cina

Yayasan Petronas beri kegembiraan kepada penerima sempena Tahun Baharu Cina

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Seramai 100 ketua keluarga kurang bernasib baik menerima sumbangan menerusi program Memacu Kehidupan yang dilaksanakan Yayasan Petronas sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini semalam.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 2,100 keluarga di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai penerima melalui program yang dilaksanakan PETRONAS.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Terdahulu, Christina ketika berucap berkata, sumbangan yang disalurkan iyu merupakan sesuatu yang bermakna dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina sambil menyebarkan keceriaan kepada golongan yang memerlukan.

“Sumbangan seumpama ini yang telah dibuat secara konsisten oleh Yayasan PETRONAS sejak sekian lama menunjukkan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial.

“Bagi pihak kementerian, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Yayasan PETRONAS. Saya yakin Yayasan PETRONAS akan terus komited dalam melaksanakan program impak sosialnya di Sabah dan seluruh negara ini amnya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, melalui program itu,  Yayasan PETRONAS berkongsi keceriaan dengan masyarakat, memupuk hubungan baik dan membawa perubahan yang bermakna dalam komuniti.

Katanya, ia dilaksanakan setiap tahun sempena perayaan utama di negara ini iaitu Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas.

“Program Memacu Kehidupan adalah sebahagian daripada strategi kesejahteraan dan pembangunan komuniti Yayasan PETRONAS.

“Yayasan ini melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang berpaksikan tiga tonggak iaitu pendidikan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta alam sekitar.

“Ia menunjukkan kesungguhan Yayasan PETRONAS dalam memberi impak positif terhadap kehidupan masyarakat,” katanya.

Program itu dilaksanakan bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah yang akan mengagihkan sumbangan kepada baki penerima selebihnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular