HomePolitikJohari adakan lawatan kerja lima hari ke Sabah

Johari adakan lawatan kerja lima hari ke Sabah

Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim mengadakan lawatan kerja lima hari ke Sabah bermula 18 hingga 21 Februari 2024.

Johari bersama 10 ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sebelum meneruskan ke Majlis Perasmian Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau, malam ini.

Johari menghadiri Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau.

Seramai 900 ahli PKR Keningau menghadiri program tersebut.

Johari Kassim

“Tujuan saya ke Sabah adalah rutin kerja saya ke mana-mana negeri sebagai Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri adalah berdamping dengan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri cabang dan juga bersama-sama dengan perjumpaan komponen-komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah untuk bersama memperkukuhkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri ini selain berbincang hala tuju parti pada peringkat nasional dan juga pada peringkat negeri bagaimana kita nak perkukuhkan kedudukan parti Keadilan kita di Sabah ini.

“Perkara yang penting saya berjumpa pimpinan di cabang ini adalah selain mengukuhkan parti, menambah ahli dan ranting seperti yang disarankan Presiden iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menperkukuhkan di peringkat ranting-ranting untuk menambah ahli, terutama di negeri Sabah ini kita akan menghadapi pilihan raya pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Sabah Media semasa berkunjung ke Pejabat PKR Tanjung Aru di sini hari ini.

Johari bersama rombongan PKR Sabah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesurujaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di IPK pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kerjasama kerajaan perpaduan yang sedia terjalin di negeri ini perlu diperkukuhkan untuk kestabilan politik sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan lebih baik.

“Tujuan utama kita ialah untuk membantu rakyat, politik stabil barulah kita boleh stabilkan pembangunan ekonomi kita dan dapat membantu rakyat dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat PKR Sabah untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap kawasan Parlimen di Sabah, Johari berkata, PKR Sabah harus memperkukuhkan dahulu dari segi kekuatan jentera dan keahlian di kawasan yang hendak ditanding.

“Berkenaan 25 kerusi DUN Sabah, itu cuma hasrat PKR Sabah untuk menghadapi pilihan raya sebab itu saya kata kepada setiap negeri kena memperkukuhkan dan kita juga kena ambil realistik untuk bertanding di setiap DUN di setiap parlimen ini kekuatan mesti ada, jentera, ahli mesti ada baru kita boleh tuntut kerusi yang kita hendak bertanding.

“Sekarang ini cuma dalam perbincangan, hasrat itu ada dan parti kalau ada hasrat itu kena ada juga jentera di kawasan-kawasan kita bertanding baru kita boleh menuntut dan meminta untuk bertanding di kawasan-kawasan tersebut,” tegasnya.

Menurut Johari, setiap parti punya hasrat seberapa kerusi yang mereka mahu di mana-mana sahaja bukan sahaja PKR.

“Ini hasrat PKR Sabah dan hasrat ini akan di bawa ke pucuk pimpinan pusat, kita harap pucuk pimpinan akan buat satu keputusan yang bijaksana dia tahu akan kedudukan di bawah untuk menentukan berapa peruntukan kerusi yang kita bertanding kemudian, itu terserah kepada pusat untuk dibincangkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular