HomeIsu tempatanKPDN Sandakan catat nilai rampasan RM205,288 libatkan 25 kes

KPDN Sandakan catat nilai rampasan RM205,288 libatkan 25 kes

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan berjaya menghasilkan sebanyak 25 kes dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM205,288 sejak bulan lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, jumlah itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 1,400 premis perniagaan yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar.

“Sepanjang bulan lalu hingga kini, KPDN Sandakan berjaya merekodkan sebanyak 25 kes dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM205,288.15.

“Jumlah kompaun yang dibayar adalah sebanyak RM3,100. Dari segi aduan pengguna, sebanyak 26 aduan telah diterima sejak Januari hingga kini dan 22 aduan telah diselesaikan. Baki sebanyak empat aduan lagi sedang dalam siasatan.,” katanya dalam kenyataan di sini.

Azdy berkata, pihaknya turut mengingatkan semua peniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan situasi menjelang bulan Ramadhan dan perayaan hari Raya Puasa 2024 ini.

Katanya, sekiranya peniaga didapati menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan, tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bagi mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini selanjutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000. KPDN Cawangan Sandakan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular