HomeUtamaSkim vendor bantu atasi kes penyambungan paip secara haram

Skim vendor bantu atasi kes penyambungan paip secara haram

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Inisiatif Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) melaksanakan skim vendor bagi membekal air secara sah di kawasan setinggan mampu mengatasi kes penyambungan paip secara haram.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud berkata, kaedah itu sekaligus dapat mengelak kehilangan air tidak berhasil (NRW) selain dapat menstabilkan bekalan air.

“Seperti yang kita semua tahu, NRW kita amat tinggi dan ia disebabkan oleh setinggan-setinggan yang membuat penyambungan haram di paip utama kita.

“Jadi ini adalah inisiatif yang dibuat oleh JANS untuk sediakan tangki sementara.  Memang kita galakkan setinggan guna skim ini tapi pada masa sama kita mahu mengurangkan NRW supaya kawasan lain juga mendapat air,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri taklimat Pelan Induk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 2023-2026, di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata setakat ini satu skim vendor sudah dilaksanakan di kawasan setinggan di Sepanggar dan tiga lagi sedang dikenal pasti lokasinya.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata pelaksanaan skim vendor itu disasar dapat mengurangkan kehilangan NRW antara lapan hingga 10 juta liter sehari (MLD). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular