HomeUtamaUmat Islam mula berpuasa Selasa ini

Umat Islam mula berpuasa Selasa ini

Read Time:40 Second

Kota Kinabalu: Umat Islam di seluruh negara akan mula mengerjakan ibadah puasa bermula pada Selasa ini (12 Mac 2024).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini, 10 Mac, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan melihat anak bulan Ramadan pada petang tadi di 29 lokasi penting di seluruh negara. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular