HomeUtamaSungkai On The Road bantu jimat masa pemandu singgah bazar Ramadan

Sungkai On The Road bantu jimat masa pemandu singgah bazar Ramadan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 250 bungkus juadah berbuka puasa diedarkan kepada orang ramai khususnya para pemandu kenderaan menerusi pelaksanaan program Sungkai On The Road sempena Ramadan tahun ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, program itu dilaksanakan adalah antara lain bertujuan bagi membantu menjimatkan masa para pemandu kenderaan untuk singgah ke bazar Ramadan.

“Pada petang ini kita bersama-sama pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) untuk memberi bungkusan juadah berbuka puasa kepada pemandu-pemandu kenderaan.

“Antara lain tujuan kita melaksanakan program ini dimana kita melihat kesibukan mereka yang bekerja dan kedua kita dapat mengurangkan kesesakan pengunjung di bazar Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Sungkai On The Road sempena Ramadan tahun ini di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini petang tadi.

Program dianjurkan bersama JHEAINS; MUIS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Ruslan berkata, program itu akan diadakan dibeberapa buah daerah lain sepanjang Ramadan.

“InsyaAllah esok kita akan bersama-sama dengan peniaga-peniaga bazar Ramadan yang berada di daerah Beaufort dan InsyaAllah kita akan mengadakan juga dengan anak-anak yatim serta para asnaf yang mana telah pun kita kenal pasti di daerah-daerah di Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular