HomeUtamaGesa Kerajaan Persekutuan naik taraf Klinik Kesihatan Nabawan kepada hospital - Bobbey

Gesa Kerajaan Persekutuan naik taraf Klinik Kesihatan Nabawan kepada hospital – Bobbey

Read Time:53 Second

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey Suan sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan Persekutuan menaik taraf Klinik Kesihatan Daerah Nabawan kepada Hospital Daerah Nabawan.

Bobbey menyatakan gesaan itu ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya, Kerajaan Madani melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan perlu bekerjasama dan duduk semeja mengenepikan “red tape” bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf itu dalam tahun ini.

Menurut Bobbey, penaiktarafan itu adalah sesuai dengan status Nabawan sebagai Daerah Penuh dan seiring dengan pertambahan penduduk Daerah Nabawan yang sudah mencecah lebih 30 ribu orang penduduk.

“Dengan kepesatan pembangunan dan kerancakan aktiviti ekonomi yang bersempadanan dengan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara menjadikan daerah Nabawan juga turut menjadi tumpuan pengunjung.

“Selain itu, dengan adanya Hospital Daerah Nabawan, para penduduk di Parlimen Pensiangan dan sekitarnya berpeluang mendapat fasiliti kesihatan lengkap tanpa perlu melalui perjalanan yang sangat jauh ke Hospital Daerah Keningau atau Hospital Queen Elizabeth Bandaraya Kota Kinabalu untuk menerima rawatan atau rawatan susulan.

“Ini sekali gus dapat mengurangkan bebanan kos perbelanjaan para pesakit yang tidak berkemampuan,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular