HomeUtamaProjek 'Southern Link' perkukuh sistem penghantaran grid di Sabah

Projek ‘Southern Link’ perkukuh sistem penghantaran grid di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Ranau : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) komited memperkukuh sistem penghantaran grid di Sabah dengan pelaksanaan projek ‘Southern Link’.

Projek pelaksanaan ‘Southern Link’ ini akan melibatkan pembinaan talian penghantaran sepanjang 330 kilometer  bermula daripada Sipitang ke Tenom dan seterusnya ke Kalabakan dan Tawau.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar berkata, pihaknya berharap projek ‘Southern Link’ yang bakal melengkapkan Grid Negeri Sabah akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

Katanya, pelaksanaan projek tersebut adalah penting berikutan kejadian kecemasan melibatkan dua menara talian penghantaran T194 dan T300 di Ranau yang perlu dibaiki dengan segera akibat kerosakan struktur.

“Pada masa ini, satu-satunya talian penghantaran 275kV yang menghubungkan Pantai Timur Sabah dengan Pantai Barat Sabah adalah melalui talian penghantaran 275kV Kolopis – Segaliud.

“Sekiranya projek ini diluluskan untuk pelaksanaan pada tahun hadapan, ianya dijangka akan dapat disiapkan pada tahun 2030 dan amat kritikal kerana lebih kurang 200MW keperluan tenaga elektrik di Pantai Timur Sabah masih ditampung oleh penjanaan daripada Pantai Barat Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yaakob berkata, SESB masih menunggu keputusan akhir Kerajaan mengenai pelaksanaan projek ‘Southern Link’ ini.

Katanya, kerosakan serius terhadap dua menara penghantaran sedia ada di Ranau ditangani segera oleh SESB dengan memasang menara lencongan kecemasan Emergency Restoration System (ERS).

“Pemasangan ERS itu adalah dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Negeri Sabah dan dijangka akan dapat disiapkan lebih awal iaitu pada 20hb Mac 2024,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SESB

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular