HomeUtama99.48 kg lebihan makanan, minuman dikumpulkan menerusi MySaveFood Ramadan

99.48 kg lebihan makanan, minuman dikumpulkan menerusi MySaveFood Ramadan

Read Time:1 Minute, 10 Second

Keningau : Sebanyak 99.48 kilogram (kg) lebihan makanan dan minuman bazar Ramadan pelbagai jenis berjaya dikumpulkan dalam satu Program Malaysia Save Food Ramadan (MySaveFood Ramadan) 2024.

Program usaha sama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah; Gerakan Pengguna Siswa dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia itu dilaksanakan sukarelawan Gerakan Pengguna Siswa Geomatika College Keningau (GCK) di sini semalam.

KPDN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, program itu bertujuan untuk memupuk dan membudayakan sistem pengurusan lebihan makanan yang lebih berkesan dalam usaha mengurangkan pembaziran lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. 

“Lebihan makanan dan minuman yang berjaya dikumpul oleh sukarelawan ini telah diagihkan ke Pusat Tahfiz Anak-anak yatim Ar Rahmah Keningau dan pelajar-pelajar asrama GCK.

“Lebih kurang 100 orang penerima manfaat program ini pada hari pertama. Usaha seperti ini diharapkan dapat disebarluas ke daerah lain dalam mengurangkan lebihan makanan dan sisa khususnya di Negeri Sabah,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam tinjauan pelaksanaan program itu, pengarah KPDN Sabah Georgie Abas, turut meminjau pelaksanaan kaedah e-wallet di kalangan peniaga bazar Ramadan. 

Katanya, hasil tinjauan mendapati 98 peratus peniaga telah mengadaptasi kaedah pembayaran tanpa tunai atau e-wallet.

Hadir sama pada sesi lawatan itu Timbalan Presiden II GCK, Creastysia Cyrnus, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar GCK Nur Asnie Jubilin, Ketua Cawangan KPDN Daerah Keningau Awang Azri Biahi, dan Penasihat GPS GCK Lazio Jiun. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular