HomeUtamaBantuan Khas RM600 Tiket Kapal Terbang Beri Reaksi Positif

Bantuan Khas RM600 Tiket Kapal Terbang Beri Reaksi Positif

Read Time:2 Minute, 11 Second

oleh Muda Muhammad

Ramai tertanya kenapa beri RM600, bukan RM700 atau RM1000? Ini kerana pada 15 Disember 2023, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan  melancarkan inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kementerian Pengangkutan telah melanjutkan tempoh subsidi penerbangan Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Labuan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 6,7,8 dan 9 April 2024. Penumpang boleh beli tiket sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak & Labuan tidak lebihi RM599 pada 6,7,8 dan 9 April 2024.

Harga maksimum ini boleh ringankan beban penumpang yang terpaksa membeli tiket penerbangan pada saat akhir atau di laluan yang mempunyai permintaan tinggi yang selalunya mencecah RM1,000 sehala.

Reaksi positif diterima di media sosial berkaitan pengumuman RM600 subsidi tiket kapal terbang ini.

Pada 25 Mac 2024, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah umumkan bantuan khas sebanyak RM600 seorang kepada kira-kira 18,000 pelajar IPTA. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban golongan pelajar sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Ini memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan, ia satu bebanan. Oleh yang demikian, kerajaan negeri membantu meringankan beban mereka dalam menampung kos pembelian tiket.

“Jadi kita berharap dengan bantuan itu mereka dapat pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga masing-masing,” kata Datuk Seri Hajiji semasa Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan Mahasiswi Sabah di Pusat Konvensyen Setia SPICE semalam.

Antara reaksi positif yang diterima selepas pengumuman bantuan RM600 tersebut

Menerusi komen di Facebook Ketua Menteri Sabah, banyak reaksi positif diterima oleh rakyat mengenai pengumuman itu. Sejumlah 425 komen dan 352 share diterima pada hantaran yang dibuat di Facebook Ketua Menteri Sabah mengenai pengumuman subsidi RM600 itu.

“Alhamdulillah,semoga sentiasa dipermudahkan segalanya.. Ada 2 Anak ,seorang di Unimas Sarawak dan seorang di Unisza Terengganu..” Emmaz Nisha Aims. Seorang lagi pengguna Facebook iaitu Jasnih Jali menyatakan “Dalam suasana kos hari yg tinggi pada masa ini, sumbangan KBS RM600 itu sangat besar bagi kami utk beraya bersama keluarga”.

Seorang lagi pengguna Facebook iaitu Ab Rahman Yahya menyatakan “Alhamdulillah. Sangat bererti kepada penduduk Sabah khususnya yang mereka yang mau balik ke Sabah sebab berhari raya bersama keluarga”. Malah rata-rata yang memberi reaksi tersebut mengharapkan agar kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji dan GRS dikekalkan pada penggal yang akan datang.

Jika kerajaan yang berkebajikan dan mengambil berat masalah rakyat sebegini dikekalkan akan banyak lagi manfaat yang akan dikecapi bersama. Tidak perlu lagi mengubah sesuatu yang sudah baik dan banyak memberi kebaikan kepada rakyat. Kekalkan kerajaan negeri sedia ada demi kesejahteraan rakyat negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular