KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, 73 dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak saudaranya, Fahmi Aziz dalam satu perkongsian di Facebook.
“Pak cik saya Jaafar Onn telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Doakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.
Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh rakan-rakan artis di laman media sosial sebentar tadi.
Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan oleh anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.
Hanif berkata, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.
Sebelum itu, Hanif memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
Media sebelum ini melaporkan, Jaafar mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda.
Berikutan itu, Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang, perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital