HomeSukanSabah FC U23 sasar lima terbaik liga saingan Piala MFL – Mohd...

Sabah FC U23 sasar lima terbaik liga saingan Piala MFL – Mohd Joh

Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU : Pasukan Sabah FC Bawah 23 tahun (U23) menyasarkan kedudukan lima terbaik untuk mengharungi musim baharu saingan Piala MFL dijangka bermula Mei depan.

Pengarah Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata, sasaran tersebut dilihat mampu dicapai berdasarkan persiapan rapi dilakukan oleh pasukan selain menyenaraikan beberapa pemain yang boleh mencapai sasaran tersebut.

Katanya, bagi mencapai sasaran berkenaan pasukan akan didedahkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai tahap persediaan untuk menghadapi ujian awal sekali gus mampu memperkasa semua pemain sebelum menghadapi siangan Piala MFL.

“Saya kira untuk tiga terbaik di atas itu adalah bonus untuk mereka, sudah tentu harapan kita untuk menjuarainya adalah sasaran utama yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Kita juga maklum bahawa semua pasukan pun menetapkan sasaran sama dengan masing-masing mempunyai persiapan yang rapi bagi mengharungi musim baharu saingan Piala MFL dijangka bermula Mei depan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Joh berkata, senarai pemain pasukan MFL U23 Sabah FC musim 2024/2025, kini lengkap bersama-sama 24 pemain selepas 17 pemain selesai menandatangani kontrak bersama Sabah FC berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu Pengurus Pasukan MFL U23 Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, pasukan MFL U23 Sabah FC dijangka mampu memperbaiki pencapaian di samping mampu mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Saya mengharapkan set latihan lebih mantap akan diberikan kepada pemain selepas Hari Raya Aidilfitri. Harapan kali ini pasukan akan mampu memberi saingan dalam liga yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

“Kita sangat yakin apabila melihat barisan pemain serta jurulatih berpengalaman pasukan ini akan membawa cabaran yang lebih baik pada musim ini,” jelas Abdul Kassim.

Menurutnya, Johnny Dominicus dilantik sebagai Ketua Jurulatih sudah pasti pemain muda ini pasti dapat mengangkat nama Sabah dikancah bola sepak sekali gus menjadi pelapis kepada pasukan senior pada masa depan.

“Kehadiran bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman dilihat mampu memantapkan bahagian serangan, sekali gus mampu membimbing pemain muda berdasarkan pengalaman luas yang ada pada bekas bintang Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC itu,” katanya.

Pada majlis tersebut turut diadakan taklimat berkaitan Psikologi Sukan serta Pemakanan Sukan selain majlis berbuka puasa bersama barisan kejurulatihan.

Hadir sama Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular