HomeUtamaMasjid Ranau boleh digunakan sementara tunai solat Aidilfitri

Masjid Ranau boleh digunakan sementara tunai solat Aidilfitri

Read Time:1 Minute, 6 Second

Ranau : Masjid daerah Ranau yang rosak sebelum dirobohkan akibat gempa bumi pada 2015 kini sudah hampir siap dan boleh digunakan sementara bagi menunaikan solat Aidilfitri tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.

Katanya, masjid berkenaan boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu masa.

“Dewan utama Masjid sudah siap untuk kegunaan solat Aidilfitri iaitu Hari Raya Pertama dan selepas itu kerja-kerja ‘touch up’ akan diteruskan.

“Kerja-kerja akhir ini pula dijangka siap sepenuhnya dalam masa sebulan lagi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini.

Projek pembinaan masjid itu sebelum sepatutnya siap tahun lalu tetapi tertangguh berikutan kegagalan kontraktor memenuhi jangka masa ditetapkan.

Terdahulu, Masidi sempat menunaikan solat Asar dimasjid berkenaan semalam seterusnya melihat proses pelaksanaan masjid tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani merakamkan penghargaan terima kasih kepada Masidi yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap bangunan masjid tersebut.

“Terima kasih Kepada Datuk Seri Masidi Manjun yang amat mengambil berat tentang keberadaan bangunan ini.

“Ramai yang tidak tahu, betapa beliau selalu bangkitkan isu penyiapan bangunan ini dalam setiap pertemuan kami iaitu ketua-ketua jabatan. Sehinggalah beliau sendiri bantu dari segi kewangan tambahan.

“Tahniah Datuk Seri. Semoga usaha Datuk Seri mendapat ganjaran pahala di sisiNya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular