HomeUtamaNahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pagi ini bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut Perak semalam.

Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum bermulanya sesi soal jawab pada persidangan DUN Sabah di sini hari ini.

“Ahli-Ahli Yang Berhormat (YB), sebelum kita memulakan sesi soal jawab lisan pada hari ini, DUN Sabah ingin mengucapkan takziah kepada perwira-perwira negara yang telah terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut Perak semalam.

“Sekalung takziah kepada keluarga-keluarga mangsa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan juga Kerajaan Sabah, maka dengan itu pada yang beragama Islam marilah kita sama-sama hadiahkan bacaan Al-fatihah kepada perwira-perwira negara yang telah terkorban dan bukan agama Islam marilah kita bertafakur selama seminit mengikutt kepercayaan masing-masing,” katanya.

Semalam, tragedi membabitkan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan pesawat Fennec (M502-6) pada 9.32 pagi semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 itu mengorbankan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular