HomeIsu tempatanEU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu: Kesatuan Eropah (EU) komited untuk membantu kerajaan Sabah mengatasi masalah berkaitan keselamatan, tenaga serta memperkasakan ekonomi hijau.

Duta Besar Delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata demikian ketika kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai sesi kunjungan hormat terbabit, Rokas menyifatkannya sebagai satu pertemuan bermakna bagi memahami beberapa cabaran berkaitan keselamatan tenaga dan ekonomi hijau yang dihadapi kerajaan negeri.

“Ia merupakan satu penghormatan kepada saya untuk bertemu dengan Tun (Juhar). 

“Dengan kebijaksanaan beliau, ia amat membantu saya sebagai duta ke Malaysia untuk mendapat kefahaman lebih baik mengenai cabaran yang dihadapi Sabah.

“Kami boleh membantu negeri ini dalam keutamaan matlamatnya iaitu keselamatan tenaga, masalah sisa ekonomi pekeliling, dan sudah tentu ekonomi hijau,” katanya.

Dalam pada itu, kata Rokas, pihaknya untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada kerajaan negeri di samping turut menyokong sebarang projek khusus berkaitan dua perkara terbabit.

“Jadi dengan sesi kunjungan hormat ini, saya akan meneliti apa yang kami boleh lakukan (berdasarkan) perbincangan saya bersama Yang di Pertua, beliau berasa gembira dengan rancangan terutamanya melibatkan pengurusan sisa, pencemaran plastik dan juga tenaga hijau,” katanya.

Disamping itu, Rokas turut memaklumkan pihaknya mengumumkan sebanyak 6,000 Euros untuk membantu komuniti tempatan Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular