HomeUtamaLetusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan

Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan

Read Time:1 Minute, 20 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Malaysia Airlines akan menyambung semula beberapa penerbangan dengan jadual baharu yang pada awalnya dibatalkan berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang, di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, syarikat penerbangan itu menjelaskan pihaknya menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah hari ini dengan penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.

Sementara itu, Malaysia Airlines menjadualkan semula penerbangan ke dan dari Kuala Lumpur ke Labuan yang melibatkan MH2608 (KUL-LBU) dan MH2609 (LBU-KUL).

Malaysia Airlines menjelaskan walau bagaimanapun, beberapa penerbangan masih dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

“Perkembangan terkini akan diberikan secara berkala dan dimaklumkan terus kepada pelanggan yang terjejas,” tambahnya.

Penerbangan ke dan dari Sabah yang dibatalkan ialah MH2710 (KUL-SDK), MH2711 (SDK-KUL), MH2668 (KUL-SDK) dan MH2669 (SDK-KUL).

Sementara itu, penerbangan ke dan dari Sarawak yang dibatalkan ialah MH2594 (KUL-MYY), MH2593 (MYY-KUL), MH2574 (KUL-MYY), MH2575 (MYY-KUL), MH2716 (KUL-SBW) dan MH2715 (SBW-KUL).

“Bagi meminimumkan kesulitan disebabkan oleh pembatalan yang tidak dijangka itu, Malaysia Airlines menawarkan perubahan sekali sahaja ke atas jadual perjalanan pelanggan yang terjejas secara percuma, atau mereka boleh memilih bayaran balik sepenuhnya tanpa mengira jenis tambang mereka,” menurunya.

Syarikat itu juga memaklumkan bahawa pelanggan terjejas yang ingin menukar penerbangan atau atau membatalkan perjalanan mereka boleh berbuat demikian melalui ‘Tempahan Saya’ di laman web.

“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menghubungi sokongan ‘Live Chat’ langsung yang tersedia di laman web atau menghubungi Pusat Perhubungan Global kami,” menurutnya.

Syarikat penerbangan nasional itu menjelaskan bahawa keselamatan penumpang dan anak kapal tetap menjadi keutamaan teratas. –BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular