HomeUtamaHad laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Persimpangan U bertingkat selain susur keluar masuk Jalan Lintas berhampiran Lintas Plaza dan Klinik Luyang di sini menjadi antara faktor kepada perubahan had laju dari 80 kilometer per jam (km/j) kepada 60 km/j.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perubahan had laju itu juga merupakan antara langkah keselamatan yang diambil Kerajaan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di laluan tersebut.  

“Bagi laluan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Inanam, had laju 60km/j diguna pakai disepanjang lebih kurang 870 meter bermula dari persimpangan isyarat Lido dan berakhir sebelum persimpangan isyarat Jalan Kolam Damai. 

“Manakala dari arah Inanam ke KKIA, had laju sama diguna pakai sepanjang lebih kurang 950m bermula dari persimpangan isyarat Jalan Kolam Damai dan berakhir sebelum persimpangan isyarat Lido,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hanya dilaluan bertanda merah sahaja dikenakan had laju baharu iaitu 60 km/j manakala selebihnya 80 km/j

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, selain persimpangan isyarat Lido dan Jalan Kolam Damai, had laju 80km/j masih diguna pakai di Jalan Lintas yang direka bentuk dengan had kelajuan 80km/j berpandukan kepada Piawaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah. 

Katanya, papan tanda jalan yang menyatakan had laju jalan di jalan tersebut juga telah didirikan semenjak persimpangan U bertingkat di Jalan Lintas dibuka kepada orang awam pada Januari tahun lalu.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan peka dengan arahan papan tanda jalan yang telah diletakkan di bahu-bahu jalan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KKR Sabah 

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular