HomeIsu tempatanPameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu: Pameran Petak Pertama anjuran bersama alumni Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Galeri Azman Hashim UMS (GAH-UMS) menjadi satu platform kepada artis-artis muda yang terlibat dalam mengorak langkah permulaan ke dalam industri seni negara.

Pameran yang mempamerkan hasil karya bakat-bakat muda yang terdiri daripada 21 orang Alumni UH621001 Teknologi Seni Visual Sesi 2020/2021 ASTiF UMS menyaksikan sejumlah 46 hasil karya lukisan dan arca dipamerkan dan sedia untuk dijual di ruang pameran Kalimaran dan Kaamatan GAH-UMS bermula 4 Mei hingga 14 Jun ini.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penglibatan alumni ASTiF dalam pameran tersebut merupakan bukti komitmen para alumni UMS untuk meneruskan peranan terhadap alma mater walaupun setelah bergelar graduan, sekali gus membentuk satu kolaborasi yang baik.

“Kolaborasi yang baik menerusi pameran ini bakal memanfaatkan kedua-dua pihak baik para peserta pameran mahupun kepada GAH-UMS.

“Penghargaan juga perlu diberikan kepada para tenaga pengajar di ASTiF yang telah mendidik dan menghasilkan graduan berbakat dan berpotensi dalam bidang seni visual negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan sempena perasmian pameran yang disempurnakan oleh Pakar Rujuk Seni Visual Malaysia dan Pengasas Pantau Iraga Art Space, Awang Damit Ahmad di Auditorium Sekafi, GAH-UMS.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah GAH-UMS, Prof. Madya Dr. Mohammad Puad Bebit

Sementara itu, Awang Damit dalam ucapan perasmiannya menitipkan pesanan kepada para pengkarya baru agar terus memegang keyakinan dan perjuangan dalam bidang seni meskipun masa, ruang dan suasana dalam konteks industri seni telah mengalami perubahan seiring dengan perubahan globalisasi dan urbanisasi.

“Generasi muda pelukis-pelukis Malaysia perlu terus bergerak dan menjadi pencetus kepada model pengkarya baru akan datang.

“Untuk mencapai hasrat tersebut, para pengkarya perlu persediaan dan pencapaian rapi dengan kerangka pemikiran, gagasan, jangkauan minda, kebijaksanaan dan pengamatan yang melangkaui masa dan ruang,” katanya.

Ujar beliau, peranan institusi seperti GAH-UMS yang menyokong kelangsungan kegiatan seni lukis memberi cukup ruang kepada pelukis generasi baru untuk terus berkembang, berkarya dan meneroka pelbagai kemungkinan baru.

Awang Damit kemudiannya berkesempatan meluangkan masa bersama para pengkarya untuk membincangkan perkembangan seni lukis tanah air dalam satu sesi Bicara Seni yang bertajuk “Masih Ada Ruang”.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pustakawan UMS, Md. Sazali Md. Salleh; Pengarah Penganjur Pameran, Irham Zulhilmi Mohd. Johan; dan para pengkarya tempatan serta pengkarya dari Negara Brunei Darussalam.  –  SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penubuhan CEDP komitmen UMS pacu penyelidikan bagi bantu pembangunan dasar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular