HomeIsu tempatanLelaki warga Korea didakwa guna dokumen palsu

Lelaki warga Korea didakwa guna dokumen palsu

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Korea dihadapkan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen untuk urusan kerja pada September tahun lalu.

Tertuduh, Lee Chang Whan, 33, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Menurut kertas pertuduhan, Lee dituduh menggunakan dokumen Perjanjian Subkontrak Pindaan palsu bagi kerja pemasangan cerucuk di antara Hyundai Engineering Sdn Bhd dan Budiwan Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar pada 22 September 2023.

Berikutan itu tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu ialah penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun depan untuk pengurusan kes, manakala tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan pasport tertuduh dikembalikan bagi membolehkannya memperbaharui permit kerja.

Bagaimanapun, tertuduh diperintah untuk menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah setelah pembaharuan permit kerjanya selesai.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Siswa UMS santuni komuniti kampung di Tambunan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular