Penampang : Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Penampang yang akan diadakan pada 22 Mei ini.
Pegawai Daerah Penampang Francis Chong berkata, sambutan itu akan dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick merangkap Ahli Parlimen Penampang di Dewan Buhavan Square, Donggongon.
“Kita menjemput orang ramai untuk hadir dan memeriahkan pelbagai acara yang dianjurkan bertujuan untuk memberikan suasana Kaamatan yang sebenar untuk dinikmati khasnya kepada warga Penampang.
“Antara acara yang akan diadakan termasuklah pertandingan sukan tradisi, pertandingan masakan tradisional, pertandingan ‘Magagung’ dan pertandingan sumazau yang akan diadakandi Padang B, Lembaga Sukan Penampang.
“Acara Sodop Unduk Ngadau pula akan diadakan di Putra Ballroom, Bukit Padang pada 16 Mei ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang di Pejabat Daerah Penampang.
Manakala Pertandingan Akhir Sugandoi Penampang telah berlangsung pada 4 Mei lalu di Pentas Terbuka Kadazan Dusun Cultural Association Sabah (KDCA) dan pada 18 Mei ini akan diadakan pameran pelbagai jabatan serta agensi kerajaan.