HomeUtamaInisiatif PPKS bantu pengguna luar bandar nikmati manfaat subsidi Kerajaan

Inisiatif PPKS bantu pengguna luar bandar nikmati manfaat subsidi Kerajaan

Read Time:1 Minute, 56 Second

Sandakan : Program Prihatin Keluarga Sandakan (PPKS) yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan sejak Mac 2022 dilihat dapat membantu pengguna di luar bandar menikmati manfaat subsidi Kerajaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, inisiatif yang dilaksanakan itu juga adalah bagi bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung di kawasan luar bandar tidak terputus.

Katanya, ia juga turut memudahkan proses penghantaran barang kawalan ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

“PPKS ini adalah inisiatif dan langkah proaktif KPDN Cawangan Sandakan yang bermula sejak Mac 2022 bertujuan untuk memastikan pengguna khasnya di luar bandar menikmati manfaat subsidi oleh Kerajaan dan bagi memastikan bekalan barang kawalan di kawasan luar bandar tidak terputus.

“Kini konsep PPKS ini juga telah diperluaskan di mana bekalan barang kawalan telah dihantar ke Peruncit Terpilih Daerah (DDR)di Sandakan dan beberapa daerah lain seperti di Kudat, Keningau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Sebagai makluman, sejak 1 Januari sehingga 14 Mei lalu sebanyak 643.756 metrik tan atau 37,868 kotak minyak masak telah diedarkan melalui PPKS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Azdy turut mengiringi Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguatkuasa, KPDN Shahrudin Hamzah yang mengadakan lawatan kerja sulung selama tiga hari ke Sandakan bermula 14 Mei lalu.

Turut serta dalam lawatan itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sabah Zulfamy Mat Udi.

Dalam lawatan itu, Shahrudin turut melakukan pemeriksaan dan lawatan ke pemborong dan peruncit di bawah PPKS yang terletak di daerah Kinabatangan bagi melihat pelaksanaan pengedaran serta penjualan barang kawalan melibatkan minyak masak bersubsidi di daerah tersebut.

Azdy berkata, rombongan itu berharap agar PPKS yang diterajui KPDN Sandakan ini mampu menjamin kestabilan bekalan barang-barang kawalan bersubsidi agar rakyat dapat menikmati subsidi yang telah diberikan oleh Kerajaan di samping membantu mereka meringankan beban kos sara hidup.

Rombongan itu turut mengadakan lawatan ke premis pembungkus minyak dan pemborong gula bagi PPKS yang terletak di daerah Sandakan untuk melihat operasi di premis berkenaan.

“Rombongan turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama sedia terjalin di antara KPDN dan agensi-agensi penguatkuasaan di Sabah amnya dan di Sandakan khasnya bagi membanteras aktiviti penyelewengan.

“Beliau juga berharap agar PPKS yang dilaksanakan di daerah ini adalah salah satu usaha Kerajaan dalam meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada rakyat Sabah khususnya sesuai dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular