HomeUtamaMajlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

Read Time:27 Second

Kota Kinabalu: Delegasi Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Kunjungan hormat itu diketuai oleh Duta Besar AS ke Malaysia yang juga Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Serantau Majlis Perniagaan AS-ASEAN Brian McFeeters, bagi membincangkan peluang perniagaan di Sabah.

Beliau turut diiringi Pemangku Pengarah Urusan Serantau dan Ketua Perwakilan Negara-Malaysia Tina Jamaluddin dan rakan sekutu bagi pelancongan-Malaysia Ethan Rozario.

Turut hadir wakil Invest Sabah Berhad diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Dr Firdausi Suffian.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular