HomeIsu tempatanPKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Seramai 450 pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menyertai PKK BIZ @ Akademia di sini baru-baru ini.

Program yang melibatkan pelajar merentasi pelbagai program akademik menerusi Kursus Keusahawanan di PKK telah diadakan selama sehari dan berjaya mencatat jualan melebihi RM20,000.

Penganjuran program yang dianjurkan Unit Keusahawanan PKK  itu turut mendapat sokongan teknikal daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sabah yang membantu penganjuran dengan menyediakan kanopi untuk tapak jualan pelajar.

Penyelaras Kursus Keusahawanan PKK, Nadzrin Azri Nor Azmi berkata, program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk membina minda yang berfikiran kreatif, kritis dan professional dalam meneroka bidang keusahawanan global.

“Melalui penyertaan pelajar, ianya diharapkan dapat menerapkan minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Tindakan Keusahawanan IPT.

“Subjek keusahawanan ini membantu para pelajar yang mendalami bidang TVET dapat didedahkan dengan pengetahuan luas untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sebagai nilai tambah mereka,” katanya.

Program ini juga adalah sebagai pendedahan kepada pelajar mengenai pengurusan berkesan dan mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti keusahawanan.

Salah seorang pelajar yang menjadi peserta program, Joshua Peter berkata, subjek keusahawanan membantu beliau dalam membina keyakinan diri, mengasah kemahiran komunikasi dan nilai etika dalam keusahawanan itu sendiri. – SABAH MEDIA / FOTO PKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular