HomeIsu tempatanKursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA MARUDU: Kursus Pertanian Fertigasi memperkenalkan sistem penanaman moden yang dapat meningkatkan sumber pendapatan keluarga.

Kursus anjuran Pejabat Zon Pantai Barat Utara (ZPBU), Kota Marudu itu diadakan di Dewan Terbuka Kampung Salimpodon Darat, Pitas pada Sabtu (18 Mei 2024).

Seramai 26 orang peserta berumur lingkungan 18 tahun dan ke atas menghadiri kursus tersebut.

Sistem Pertanian Fertigasi.
Peserta kursus mendengar taklimat daripada tenaga pengajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Salimpodon Darat, Jasli Kulabid berkata, melalui kursus ini para peserta telah didedahkan sistem fertigasi dan penjagaan tanaman serta membuka ‘mindset’ peserta untuk mempelajari dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam teknik tanaman ini.

“Objektif kursus ini adalah memperkenalkan penanaman moden sistem fertigasi kepada belia-belia yang berminat dalam bidang pertanian moden.

“Selain itu melalui kursus ini dapat melahirkan usahawan tanaman fertigasi sekali gus meningkatkan ekonomi dan sumber pendapatan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengisian kursus disampaikan oleh tenaga pengajar dari Marudu Fertigasi Tony Makapin manakala taklimat daripada Agrobank cawangan Kota Marudu mengenai kewangan micro iaitu Jefferyson Masangkil.

Selain itu, taklimat Jom belajar di UCSF disampaikan oleh Adie Azizan Abd Hamid serta tajaan pendidikan daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan oleh Mohd Salim Japaran.

Pegawai yang terlibat dalam program ini adalah Octvia Endi selaku Penolong Pegawai Kawasan dan Shaherah Dyana Sajuman @Yunus, Pegawai Kawasan Kudat.

Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Ketua Pentadbir Zon Adman Samat.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular