HomeEkonomiProgram i-Tekad dijangka diperluas ke seluruh Sabah

Program i-Tekad dijangka diperluas ke seluruh Sabah

Read Time:2 Minute, 9 Second

Papar:  Program i-Tekad CIMB Islamic Rider Entrepreneur dijangka akan diperluas ke seluruh daerah bagi membantu golongan asnaf dan B40 di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata,  program julung kali dilaksanakan itu melahirkan 37 orang asnaf sebagai penghantar makanan Foodpanda Malaysia.

Katanya, program pemerkasaan komuniti itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan MUIS.

“Alhamdulillah, seperti yang kita rancang pada tahun lalu menjadi kenyataan di mana CIMB Islamic turun padang untuk sama-sama membantu golongan asnaf di Sabah. Kerajaan negeri khususnya MUIS mengucapkan berbanyak terima kasih dan kita melihat seramai 37 peserta dalam program ini akan memanfaatkan Program i-Tekad.

“InshaAllah program ini tidak akan berhenti di sini, kita akan melihat dahulu bagaimana pencapaian program pertama ini sekiranya menggalakkan saya rasa dan yakin CIMB akan turun padang lagi untuk membantu.

“Terima kasih kepada YBM dan Foodpanda dan pihak yang melatih selama lima hari empat malam di sini, semoga ini akan membantu usaha kerajaan untuk memperkasa dan membangun ekonomi memberi manfaat kepada para peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Motorsikal Program i-Tekad CIMB Islamic Rider Entrepreneur Edisi Asnaf Negeri Sabah di sini, semalam.

Sementara itu, Malai Ali berkata, pemilihan kriteria asnaf disenaraikan oleh MUIS sebelum dinilai semula oleh YBM dan diserapkan ke dalam kursus selama lima hari empat malam.

“MUIS memilih asnaf yang ada dan mereka ini dinilai semula oleh YBM dan hasilnya kita ada 37 peserta dan inshaAllah di Sandakan dan daerah-daerah lain akan kita libatkan,” katanya.

Beliau juga turut menasihatkan para peserta yang berusia antara 20 hingga 45 tahun agar menunggang motorsikal dengan cermat di samping menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif YBM, Datuk Mustapa berkata, pihaknya berperanan menyelaraskan program latihan kemahiran keusahawanan selama lima hari empat malam itu.

Katanya, ia merangkumi aspek pengurusan kewangan, kemahiran teknikal dan kesejahteraan emosi sebelum menyerahkan motorsikal dan dilantik sebagai penghantar makanan Foodpanda secara sah kepada para peserta.

“YBM dilantik oleh CIMB Islamic untuk menyelaraskan sepanjang  Program i-Tekad merupakan program sejak tiga tahun lepas, yang mana untuk Lembah Klang Selangor dan Wilayah Persekutuan dah selesai, seterusnya ke Pahang, Sarawak, Melaka dan Sabah.

“Tugas YBM untuk memantau selama tempoh 12 bulan yang mana mereka ini mesti mencapai tahap pendapatan setiap bulan akan dihantar ke YBM.

“Program di Sabah ini kali pertama, sekiranya mendapat sambutan baik dari MUIS dan peserta,  YBM akan berbincang semula,” katanya.

Setakat ini, Sabah mendahului negeri-negeri lain dari segi jumlah peserta dan secara keseluruhan jumlah peserta program dengan konsep wakaf bertempoh itu kini mencecah 120 orang seluruh Malaysia.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular