HomeUtamaJANS giat laksana operasi pemotongan sambungan haram

JANS giat laksana operasi pemotongan sambungan haram

Read Time:1 Minute, 11 Second

Ranau: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) terus giat melaksanakan operasi pemotongan khususnya yang melibatkan sambungan bekalan air secara haram.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, operasi ini perlu dibuat secara berterusan berikutan aktiviti berkenaan semakin giat dilaksanakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aktiviti penyambungan haram ini dilihat telah mempengaruhi bekalan untuk sampai ke tangki simpanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi disalurkan ke kawasan berhampiran.  Kita juga telah menerima laporan mengenai gangguan bekalan air di UMS.

“Pada tahun ini sahaja, JANS telah melakukan operasi memotong sambungan haram di sekitar Sepanggar sebanyak tiga kali, ini sebenarnya agak menguji kita kerana operasi pemotongan ini perlu dibuat secara berterusan.

“Kegiatan sambungan haram ini juga dilihat telah menjadi-jadi dan sudah tentu akan mempengaruhi bekalan air ke tangki simpanan di UMS dan juga kawasan berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Ranau di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, bagaimanapun Kerajaan Sabah melalui Kabinet negeri telah meluluskan skim vendor bagi membekalkan air di empat kawasan di sekitar Sepanggar.

“Buat masa ini satu sudah dalam proses pelaksanaan iaitu di Kampung Brunei dan taiga lagi akan kita laksanakan dengan tujuan apabola skim ini dilaksanakan sepenuhnya maka ketirisan air itu akan dapat dikurangkan.

“Jadi jumlah air yang sepatutnya sampai ke dalam sistem dapat kita kembalikan, itu yang kita harapkan, kalau tidak Air Tidak Terhasil (NRW) kita akan sentiasa tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular