HomeUtamaSabah harap hubungan diplomatik dengan China terus kekal, dikuatkan

Sabah harap hubungan diplomatik dengan China terus kekal, dikuatkan

Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri berharap hubungan diplomatik yang sedia terjalin diantara Sabah dan China akan dikekalkan serta dikuatkan lagi untuk masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China selama 50 tahun dan ini membuktikan eratnya kerjasama serta persahabatan diantara kedua-dua negara ini.

“Sabah sangat berbangga kerana menjadi sebahagian dalam hubungan itu,” katanya pada majlis meraikan Ulang Tahun ke-50 hubungan Malaysia dan China di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni.

Tahun lalu, Hajiji berkata, Sabah dan China telah melahirkan banyak pencapaian dalam pelbagai sektor menerusi kerjasama yang terjalin.

“Sabah telah mengadakan kerjasama dengan beberapa wilayah dan bandar di China dan ia telah membawa hasil yang baik, Sabah juga akan terus menjadi destinasi pilihan untuk pelancong China.

“Rekod kedatangan pelancong ke Sabah dari Januari sehingga Mac tahun ini adalah 776,845. Sejumlah 321,184 adalah pelancong antarabangsa dan sejumlah 116,922 daripada angka berkenaan adalah pelancong dari China.

“Ini adalah petanda yang baik dan kita sangat gembira serta mengalu-alukan pelancong China khususnya yang ingin mencari peluang pelaburan dengan Sabah,” katanya.

Hajiji berkata, sejak beberapa tahun lepas, Malaysia dan China berjaya mencapai program yang memberangsangkan dari segi pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Katanya, perkara itu dikukuhkan lagi dengan pertemuan diantara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden China Xi Jinping.

https://42ccb63f9f78352ddaced76665f7e0c8.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Kedua-dua pemimpin ini telah memberikan jaminan bersama untuk membina hubungan yang lebih erat bagi pembangunan masa depan.

“Ini bukan sahaja akan memberikan manfaat lebih baik tetapi hubungan Sabah dengan China juga sekali gus menjadi lebih kukuh dan berpotensi untuk melakukan kerjasama yang lebih banyak di masa depan,” katanya.

Hajiji turut memuji Konsul Jeneral China di sini, Dr Huang Shi Fang, Mantan Konsul sebelumnya dan juga ramai organisasi serta individu di Sabah yang memainkan peranan penting bagi memastikan hubungan diantara Malaysia dan China terus makmur.

“Masih banyak ruang yang boleh diperkasakan dalam usaha mengukuhkan dan selarikan strategi pembangunan dengan China, dengan merealisasikan modenisasi China dengan Malaysia Madani serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular