HomeUtamaCatuan bekalan elektrik, akibat masalah teknikal di Stesen Janakuasa Rugading

Catuan bekalan elektrik, akibat masalah teknikal di Stesen Janakuasa Rugading

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terdapat catuan bekalan pada hari ini. (26 Mei)

Catuan bekalan sebanyak 24MW yang berlangsung selama 12 minit itu melibatkan Daerah Keningau, Kudat, Sandakan, Kuala Penyu dan Beaufort dan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Sabah Grid berikutan masalah kekurangan penjanaan.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil berkata terdapat masalah teknikal yang berlaku di Stesen Janakuasa Rugading milik Ranhill Sabah Energy ll Sdn Bhd.

“Punca awal dikenal pasti adalah masalah kestabilan bahan api unit penjanaan GT1B Stesen Janakuasa Rugading yang berkapasiti 95 MW menyebabkan terpelantik pada jam 3.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku ketika kerja-kerja selenggaraan sedang dilaksanakan oleh Stesen Janakuasa Rugading.

“Bagaimanapun bekalan elektrik ke kawasan yang terjejas berjaya dipulihkan pada jam 3.57 petang dan unit penjanaan GT1B Stesen Janakuasa Rugading beroperasi semula pada jam 5.49 petang.

“SESB sentiasa memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap kepada pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular