HomePolitikPKR Sabah beri komitmen, jamin kestabilan politik Sabah

PKR Sabah beri komitmen, jamin kestabilan politik Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah akan terus memberi komitmen dan menjamin kepada kestabilan politik di negeri ini sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud.

“Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia Madani yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Selain itu, PKR Sabah juga akan terus memberi komitmen dan menjamin kepada kestabilan politik di negeri ini sehingga DUN dibubarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah yang baharu bagi menggantikan Datuk Sangkar Rasam yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menyeru agar pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengangkat martabat rakyat dan Negara yang tercinta.

“Saya terima lantikan yang diamanahkan Presiden sebagai ‘taklif’ (tanggungjawab) dan bukan ‘tashrif’(keistimewaan).

“Perubahan ini menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi yang segar. Disamping menyantuni dan mengangkat ‘local wisdom’ (kearifan tempatan),” katanya.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, Konvensyen Khas PKR Sabah dan program-program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, ia akan diadakan secara berkala sebagai  persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular