HomeSukanTAFC juarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

TAFC juarai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kuala Penyu : Pasukan TAFC muncul johan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah bagi merebut Piala Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya yang berakhir semalam.

Kejohanan yang diadakan selama dua hari itu telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kilugus di sini.

TAFC berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan medal, sementara pasukan Red Jaws yang menduduki tempat kedua kejohanan memenangi hadiah wang tunai RM800, trofi dan medal.

Sementara itu, tempat ketiga bersama dimenangi bersama Synergy FT dan Pemburu Kerbau yang masing-masing membawa hadiah wang tunai RM500, trofi dan medal.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahya.

Selain itu, penjaring terbanyak dianugerahkan kepada Ak Abdul Raziq yang mewakili pasukan Red Jaws; penjaga gol terbaik (Johny) mewakili pasukan TAFC dan pasukan fair-play diberikan kepada pasukan Red Jaws.

Sementara itu, Ak.Mohd Yazri ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut berkata , kejohanan itu disertai oleh beberapa buah pasukan dari sekitar Parlimen Beaufort dan berhampiran.

“Kami (Pemuda Umno Beaufort) sentiasa merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti kesukanan seperti bola sepak yang sentiasa diminati oleh semua tanpa mengira lapisan umur,” katanya.

Beliau juga turut bepuas hati terhadap penyertaan, displin serta semangat yang ditunjukan oleh peserta yang menyertai kejohanan kali ini yang memiliki semangat sukan yang tinggi.

“Sukan bola sepak merupakan medium terbaik untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni, tanpa semangat kesukanan, displin serta kerjasama dari pasukan yang terlibat sudah pasti mereka tidak akan mencapai kejayaan yang diharap-harapkan,” katanya.

Menurut Ak Yazri kejohanan ini bukan sekadar untuk mencari pemenang kejohanan, mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak tapi masej yang ingin disampaikan ialah soal kerjasama serta perpaduan antara eleman yang turut menjadi matlamat kejohanan ini.

“Golongan belia merupakan pemimpin negara pada masa akan datang, semangat pemupukan nilai-nalai positif kerjasama,perpaduan dan semangat perjuangan yang kental penting bagi mereka menghadapi cabaran akan datang ,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular