HomeUtamaSPANS terima lebih 260,000 permohonan jawatan

SPANS terima lebih 260,000 permohonan jawatan

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) telah menerima sebanyak 260,399 jumlah permohonan jawatan sepanjang tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 668 pelantikan telah diluluskan dalam pelbagai jawatan dan di gred yang berlainan.

“Selain daripada pelantikan baharu, SPANS juga mengurus hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan awam antaranya pemberian taraf berpencen, pengesahan jawatan, pengisytiharan harta, tindakan tatatertib dan kenaikan pangkat.

Tan Sri Sukarti Wakiman

“Secara keseluruhannya, sebanyak 6,899 kes-kes mengikut 27 fungsi-fungsi SPANS telah dilaksanakan bagi tahun 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Sukarti berkata, tujuan kunjungan itu adalah bagi menyerahkan laporan tahunan aktiviti SPANS seperti yang digariskan di bawah Perkara 37(10) Perlembagaan Negeri Sabah.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPANS, Datuk Claudius Roman, Ahli-ahli dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular