HomeUtamaDiscover PETRONAS @Schools bawa prospek kerjaya lebih luas kepada pelajar

Discover PETRONAS @Schools bawa prospek kerjaya lebih luas kepada pelajar

Read Time:1 Minute, 58 Second

TONGOD: Pertemuan singkat dengan kakitangan profesional PETRONAS menjadi inspirasi kepada dua pelajar aliran sains di sini untuk menilai semula pelan kerjaya mereka.

Condolisa Bernanda Abius dan Plijion Patrick bercita-cita untuk menjadi guru tetapi pengalaman yang diperolehi semasa menyertai program Discover PETRONAS @Schools di sini baru-baru ini mendedahkan mereka dengan potensi kerjaya yang mereka tidak sedari sebelum ini.

Condolisa

“Sebelum menyertai program ini, saya cuma tahu PETRONAS sebagai sebuah syarikat yang menjual bahan api dan gas memasak. Saya tidak tahu yang syarikat itu juga menawarkan peluang kerjaya terutamanya dalam bidang kejuruteraan.

“Pengalaman ini telah mengubah perspektif saya. Mulai sekarang, saya akan mencari maklumat tentang Tajaan Pendidikan PETRONAS dengan harapan dapat bekerja dengan syarikat ini suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, bagi Plijion Patrick dari SMK Ulu Sapi berhasrat menjadi seorang guru fizik demi mendalami minatnya dalam subjek itu. Namun Discover PETRONAS @Schools telah memberinya pendedahan terhadap peluang kerjaya di PETRONAS serta tajaan Pendidikan yang ditawarkan syarikat itu.

Plijion

“Sekarang saya tahu bahawa PETRONAS bukan saja terlibat dalam bidang eksplorasi dan pengeluaran minyak tapi juga memiliki universiti sendiri – Universiti Teknologi PETRONAS –yang menawarkan program kejuruteraan, sains dan teknologi,” katanya.

Discover PETRONAS @Schools, yang berlangsung selama sehari, dirangka untuk menggalakkan minat terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) di kalangan pelajar sekolah menengah dengan memaparkan laluan kerjaya dalam sektor minyak, gas dan tenaga.

Selain perkongsian mengenai tajaan pendidikan PETRONAS, program itu juga mengetengahkan forum kerjaya, gerai interaktif, serta perkongsian pembelajaran eksperimen, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Petrosains.

Turut diketengahkan ialah perkongsian pengalaman kerjaya oleh seorang Pengurus Kanan di PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Domanic Gunau, yang berasal dari Kampung Bobotong di daerah Tongod.

Perjalanan hidup beliau dari kampung yang terpencil hinggalah sebagai pengurus kanan dalam anak syarikat PETRONAS itu menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar yang menyertai program itu.

“Saya bangga apabila mendapat tahu bahawa ada orang dari kawasan ini yang telah berjaya dalam PETRONAS. Perkongsian beliau memberi inspirasi untuk saya belajar lebih gigih demi mencapai kejayaan,” kata Plijion.

Discover PETRONAS @Schools Tongod berlangsung di Dewan Majlis Daerah Tongod dan disertai seramai 120 pelajar Tingkatan Lima dari lima buah sekolah berdekatan iaitu SMK Tongod, SMK Entilibon, SMK Penangah, SMK Telupid dan SMK Ulu Sapi.

Felix

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Telupid/Tongod, Felix Martine berkata bahawa program itu dapat memupuk minat pelajar ke arah kerjaya berasaskan STEM.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar terima anugerah Sayap Kehormat VAT 69 Komando PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular