HomeUtamaSabah bakal kemuka secara rasmi tuntutan 40 peratus hasil kepada Persekutuan –...

Sabah bakal kemuka secara rasmi tuntutan 40 peratus hasil kepada Persekutuan – Jeffrey

Read Time:1 Minute, 13 Second

BERNAMA

Penampang: Kerajaan Sabah akan mengemukakan tuntutan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan bagi pengembalian 40 peratus hasil bersih negeri itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata tuntutan itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet negeri akan datang untuk disemak dan diluluskan sebelum dibawa ke kerajaan Persekutuan.

“Ia bagi membolehkan fakta, asas dan jumlah ini diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal MA63 untuk disemak kerajaan Persekutuan. Kita harap akan ada keputusan sebelum atau pada 18 Julai ini,” katanya pada sidang media sempena Pesta Kaamatan di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Pada Julai lepas, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memutuskan bahawa penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih atau geran khas Sabah dijangka dicapai dalam tempoh setahun.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri berkata walaupun penyelesaian isu berkenaan menjangkau tempoh setahun pada 18 Julai ini, terdapat isu berbangkit gagal diselesaikan hingga kini.

Beliau yang telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu baru-baru ini berkata dalam mesyuarat tersebut, Sabah telah menjelaskan pendirian berkenaan malah sebelum ini telah lapan kali meminta data berkaitan tanpa maklum balas daripada kerajaan Persekutuan.

“Kami telah meminta data itu secara rasmi (daripada kerajaan Persekutuan) kerana kita tidak ada data berkenaan. Mereka telah kumpul (data) tetapi tidak beritahu kami, jadi kami mahu tahu daripada mereka. Disebabkan mereka tidak beri, kini kami mengambil inisiatif untuk melakukannya (tuntut daripada kerajaan Persekutuan),” katanya.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular