HomeSukanSasar bangkit capai kemenangan pada perlawanan akan datang

Sasar bangkit capai kemenangan pada perlawanan akan datang

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi dilaman sendiri selepas tewas kepada Perak FC II 2-3 pada saingan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di Stadium Likas malam tadi. 

Ketua Jurulatihnya Johnny Dominicus berkata, kekalahan malam tadi perlu diterima sekali gus agar semua pihak mengambil iktibar sekali gus bertekad memperbaiki permainan pada perlawanan akan datang.

Katanya, setakat ini beberapa kesalahan sudah dikenalpasti termasuk kesilapan berpunca dalam kalangan pemain yang mampu mengundang kekalahan pasukan.

“Jadi mahu tidak mahu, kita akan menetapkan sasaran akan bangkit semula selepas ini, Kita akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

“Kita akan menilai semula dua perlawanan sehingga menyebabkan Sabah FC II tewas terutama malam tadi khususnya di laman sendiri,” katanya di sini semalam.

Johnny berkata, pujian harus diberikan kepada anak buahnya selepas berhempas pulas sehingga dibolosi hasil jaringan pemain Perak FC II Muhammad Syahmi Shamsudin pada minit ke-85 sehingga wisel penamat. 

“Sabah FC II bangkit pada minit ke-37 dengan rembatan pemain pertahanan Rozacklye Yanam di luar kotak penalti yang berjaya mengikat Perak FC II pada kedudukan 1 – 1. 

“Gol separuh masa kedua melalui pemain Muhammad Amirul Akmal pada minit ke-58 meletakkan Perak FC II kelebihan satu gol dihadapan Sabah FC II,” katanya. 

Menurutnya, hasil kerja keras Sabah FC II mereka menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Hamran Peter pada minit ke-73 sekali gus mengikut Perak FC II pada kedudukan 2-2. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular