HomeUtamaAnwar hadir rasmi penutupan Pesta Kaamatan 2024 esok

Anwar hadir rasmi penutupan Pesta Kaamatan 2024 esok

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan merasmikan majlis penutupan sambutan Pesta Kaamatan 2024 yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang, esok.

Anwar dijadual tiba pada jam 10 pagi dengan disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Huguon Siou yang juga Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sejurus selepas menyampaikan ucapan, Perdana Menteri akan melakukan simbolik ‘mongomot’ atau menuai padi dan ‘popoo’pi pa’ai doid tangkob’ atau  menyimpan padi sebagai tanda selesai menuai padi.

Seterusnya Anwar akan mengisytiharkan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 diikuti paluan gong sebanyak tujuh kali.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini dijadual akan menyempurnakan sambutan kemuncak Kaamatan peringkat negeri.

Turut dijadual hadir ialah isteri beliau, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Pelbagai persembahan tradisi dan pameran kebudayaan etnik Kadazandusun dan Murut memenuhi aturcara sepanjang dua hari sambutan berkenaan, merangkumi acara yang diadakan di dalam dewan, dewan terbuka dan rumah-rumah tradisi.

Kemuncak sambutan akan tertumpu kepada pemahkotaan Unduk Ngadau Kaamatan 2024 yang diadakan petang esok.

Selain pengunjung tempatan, pelancong asing juga akan turut memenuhi Hongkod Koisaan KDCA sepanjang dua hari sambutan Kaamatan peringkat negeri itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas maut dihempap pokok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular