HomeUtamaSalleh pertahankan hak Sabah ke atas 40 peratus dalam Perlembagaan Persekutuan 

Salleh pertahankan hak Sabah ke atas 40 peratus dalam Perlembagaan Persekutuan 

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempertahankan bahawa Sabah berhak ke atas 40 peratus daripada hasil negeri seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Katanya,  peratusan khusus hak perlembagaan itu bukanlah perkara utama yang perlu dijadikan isu.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, rakyat Sabah kini menaruh harapan agar kerajaan Persekutuan komited untuk menghormati hak-hak tersebut.

Beliau berkata, rakyat Sabah juga mahu diberikan ruang untuk menentukan sendiri angka tepat yang seharusnya dituntut jika tiada persetujuan bersama, kerana ia mencerminkan kehendak rakyat.

Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuntutan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri semasa berucap pada majlis Sambutan Kaamatan Peringkat Kebangsaan di Penampang pada Jumaat.

Anwar menyatakan peruntukan persekutuan RM16 bilion untuk Sabah tahun ini,  melebihi 40 peratus bahagian hasil yang layak dituntut oleh negeri ini.

Beliau turut menekankan komitmen kerajaan dalam menangani isu tertunggak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sabah terus mendesak kerajaan Persekutuan agar mengembalikan 40 peratus bahagian hasil seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, menjadikannya isu penting dalam rangka kerja MA63. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular