HomeUtamaBiro Penerangan GRS buat laporan polis terhadap Azis Jamman

Biro Penerangan GRS buat laporan polis terhadap Azis Jamman

Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’.

Laporan dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang pada Sabtu (1 Jun).

Halil berkata kenyataan Azis Jamman sangat berniat jahat seolah-olah GRS itu kerajaan yang zalim dan disamakan dengan firaun, manakala pemimpin-pemimpin warisan adalah seperti Nabi Musa.

“Ucapan Azis Jamman ini sangat jelas menghasut rakyat dengan menggunakan agama bagi memesongkan akidah rakyat.

“Kita sedia maklum rakyat negeri ini sangat menolak extremist yang menggunakan agama demi kepentingan politik yang akhirnya akan membawa kepada perpecahan keharmonian rakyat Sabah yang selama ini telah wujud.

“Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat Sabah agar tidak terpengaruh dengan cara politik sedemikian” kata Halil.

Sementara itu, Tsabbit yang juga AJK Biro Penerangan PGRS Pusat berkata mana-mana pihak bebas berkempen kerana Pilihan Raya Negeri akan berlaku tidak lama lagi tapi tidak patut menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’.

“Kita faham Pilihan Raya Negeri Sabah akan berlaku dalam tempoh lebih kurang setahun dari sekarang.

“Mana-mana pihak bebas untuk berkempen tapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk pemimpin politik menyamakan parti lawan sebagai ‘firaun’. Firaun adalah sejahat- jahat manusia,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular